
Sulit
4 tahun
Darah dan spotting ketika pregnant
Saya wanita 30thn sudah berkahwin dan mempunyai 2org anak. Pernah keguguran 1kali. Sekarang saya pregnant 6minggu dan mengalami spotting setiap hari. Darah akan banyak sehingga penuh panty liner jika saya melakukan aktiviti harian seperti biasa. Jika bed rest, hanya spot sedikit shj. Adakah bahaya? Apa yang saya perlu buat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan akibat implantasi hasil persenyawaan (normal)
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
Atau ia juga boleh disebabkan dari:
- Pendarahan selepas hubungan seksual (i.e. trauma, iritasi lapisan mukosa, kekurangan pelincir, dll)
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Saya sarankan anda pergi ke klinik berdekatan dan membuat scan untuk memastikan tiada masalah yang serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.