
Sulit
4 tahun
Darah haid berpanjangan melebihi 15 hari
saya perempuan dalam umur 15 tahun mengalami haid dalam masa jangka yang agak lama. mula" saya ingat hanya darah istiadah yang singkat, tapi ia lebih lama dari yang saya jangka. normal ke benda ini terjadi dikalangan remaja? tolong jelas kan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Masalah tiroid
Tekanan
Gaya hidup aktif
Amalkan oemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.