
Sulit
3 tahun
Darah haid keluar banyak dan berketul
Sy wanita 26 tahun dan telah berkahwin selama 2tahun 3bulan … statistic period sy mmg tidak teratur dari zaman bujang… tp setelah berkahwin saya punya period bertambah tidak stabil… saya tidak pernah merujuk kepada mana2 pakar sebelum ini… dan tidak pernah cuba apa2 ubat untuk pulihkan period… hari ini… hari ke 3 sy dtg bulan… dalam kuatiti yg bnyk sehingga saya haru menukar pad pada setiap satu jam… dan darah haid yg berketul, serta sy merasakan ada sesuatu yg ingin keluar dari pangkal rahim sy dan rasa sakit tetapi tiada apa yg keluar selain darah berketul2 mcm hati ayam… boleh doktor terangkan adakah saya mempunyai gangguan masalah lain di dalam rahim ?? Saya belum menimang cahaya mata selama 2tahun dalam perkahwinan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan/cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.