Sulit

2 tahun

Keluar Darah Beku Sepanjang Haid

Berkhawin & berumur 36 tahun. Kitaran haid saya sebelum ini amat teratur. Ianya kebetulan bermula ketika saya menerima vaksin kedua pada hari ketujuh haid saya, dimana kebiasaan darah haid telah kering. Namun apa yg saya dapati, haid keluar semula (fress blood) pada hari ke lapan, sehari selepas saya mendapat vaksin dan berlangsung selama 4 hari.

Bulan berikutnya, saya lewat dtg haid selama seminggu. Apabila datang haid, saya mendapati haid yang keluar lain daripada kebiasaan, saya pertama kali mengalami haid yang keluar berlebihan sehingga 4-5 keping overnight pad dalam tempoh 5 jam. Darah haid keluar bnyk sekali bersama darah beku sebesar hati ayam atau cebisan-cebisan darah beku yg banyak memenuhi mangkuk tandas.

Apa sebenar nya yang berlaku pada kitaran haid saya? Adakah hormon saya berubah setelah divaksin? atau ini adalah simptom fibroid/cyst?

Saya pernah di detect mempunyai Ovarian Cyst di belakang ovari 2 ketul sebesar 2mm & 4mm. Oleh kerana saiz yg amat kecil, doktor tidak menyarankan apa-apa rawatan.

Sekira nya saya Alpha thalassemia carrier, apa risiko yang akan saya hadapi sekiranya haid saya berlarutan tidak teratur setiap bulan?

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.

Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami anda mengalami pendarahan haid yang berpanjangan dan berlebihan bersertakan ketulan darah. Anda ingin mengetahui punca masalah anda dan juga komplikasi jika anda ialah pembawa Alpha thalassemia. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, kajian yang terdapat masa ini tidak mempunyai bukti yang kukuh mengenai pengambilan vaksin Covid-19 dengan perubahan kitaran haid. Oleh itu, kami tidak membuat kesimpulan bahawa gangguan kitaran haid anda adalah berpunca daripada vaksin.

Namun, terdapat beberapa punca yang boleh kami pertimbangkan untuk masalah anda, iaitu :

  • Keguguran
  • Uterine fibroids
  • Polip rahim
  • Endometriosis
  • Ovarian cyst

Selain itu, ovarian cyst yang pecah juga boleh menyebabkan pendarahan. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan.

Anda juga bertanya mengenai risiko masalah anda sekiranya anda adalah pembawa alpha thalassemia. Memandangkan anda hanya pembawa, tiada komplikasi serius berikutan masalah ini. Namun, sama ada anda menghidapi penyakit Thalassemia atau tidak, haid berpanjangan dan berlebihan boleh menyebabkan anemia (kekurangan darah). Simptom anemia adalah seperti :

  • keletihan
  • sesak nafas
  • sakit kepala
  • pengsan

Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk menangani masalah ini. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor pakar sakit puan kami untuk nasihat lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan.

fernando-brasil-XM_2oqcbpIQ-unsplash%20(2)%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)