Sulit
5 tahun
Darah haid keluar dalam tempoh yang lama
darah haid saya sekarang tidak menjadi kitaran yang normal. ada sebulan 2x datang… pada 20/3/20 sehingga kini darah haid keluar sedikit2 …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Perdarahan haid yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan darah atau anemia. Anaemia menyebabkan tanda-tanda seperti mudah letih, pitam, muka pucat, sesak nafas dan sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Gangguan hormon sering menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan perdarahan haid yang berpanjangan. Gangguan hormon ini juga boleh menyebabkan senggugut. Kondisi ini dikenali sebagai dysfunctional uterine bleeding atau DUB. DUB merupakan sejenis diagnosa eksklusi. Maknanya, doktor seharusnya telah menjalankan pemeriksaan dan ujian yang secukupnya untuk memastikan tiada punca lain yang menyebabkan perdarahan haid berpanjangan selain gangguan hormon. Darah beku adalah berpunca daripada darah yang terperangkap di dalam rahim anda. Darah beku yang besar biasanya merujuk kepada perdarahan haid yang agak serius.

































