Sulit
6 tahun
Darah haid menjadi gelap Dan alat sulit menjadi gatal sewaktu haid
saya wanita berumur 20 tahun. Kitaran haid saya Kebiasaannya selama 7 hari. Untuk hari pertama dan kedua, darah haid masih banyak dan merah tetapi pada hari ke tiga dan seterusnya, darah haid akan menjadi hitam dan berkurangan. Adakah perkara tersebut normal? . Semasa haid juga, alat sulit saya akan berasa gatal disekeliling nya. Apakah perkara tersebut disebabkan tuala wanita yang saya pakai atau penyebab lain?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan gejala darah haid menjadi gelap atau hitam boleh disebabkan:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan pada pelvis berlaku. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























