
Anonymous
5 tahun
Darah haid saya tiada pada hari ketiga
Assalammualaikum dan selamat sejahtera doktor. Saya gadis berumur 21 tahun.Saya risau kerana tiba-tiba sejak tahun lepas darah haid saya menjadi sedikit.Tempoh darah haid saya banyak keluar hanya hari pertama dan kedua,masuk hari ketiga sudah tiada darah.Adakah ini normal kepada semua wanita? Ataupun saya dikhuatiri mempunyai masalah organ dalaman?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, menurut kajian yang dilakukan terhadap wanita seluruh dunia, didapatkan bahawa kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 - 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari atau berlangsung lebih 8 hari. Merujuk kepada kes anda, anda telah haid selama 2 hari, justeru haid anda masih berada dalam batasan normal.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.