hidayahhasan01
6 tahun
Darah Haid tak lawas
Saya wanita berusia 27tahun, pada cd1 darah haid yang keluar banyak & penuh satu pad. namun pada cd2,cd3, cd4 darah haid hanya sedikit. hampir 2bulan saya alaminya… apakah punca jadi seperti itu. saya juga mempunyai pcos & fibroid?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran dan jumlah pendarahan haid anda adalah dikira normal meskipun hari pertama pendarahan penuh 1 pad. Mengenai kenyataan kedua, tidak dipastikan bahawa ianya soalan atau kenyataan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























