
Sulit
5 tahun
Darah Haid Warna Coklat Muda dan Tidak Teratur
Usia : 37 tahun
Period Cycle : 30-35 hari
Day period : 7 days
History :
1)mula mengambil Supplement Iron, FolicAcid dan Vit 12 brand Ferrovit pada bulan pertengahan bln 2
2)Darah haid bertukar warna kpd warna coklat gelap, kental dan sedikit pada haid bulan 3
3)Haid tidak teratur bermula 6 april, terdapat sedikit darah haid warna coklat cair. Tidak mengalir. Haid tidak menentu.kering selapas 8 jam…dan datang semula.
4)Ada simptom datang haid seperti bengkak pada buah dada

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.