
Sulit
4 tahun
Darah implantasi atau darah keguguran lepas
assalamualaikum. sebulan yang selpas saya mengalami keguguran semasa kandungan 2bulan. selepas 15hari saya bersama suami. tetapi semalam ada brown spotting tetapi hari ini tiada. adakah darah implantasi atau darah keguguran lepas?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami ingin mengucapkan takziah kerana telah mengalami keguguran semasa kandungan 2 bulan sebulan yang lepas.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan spotting ialah pendarahan yang berlaku di luar waktu haid. Pendarahan yang sedikit dan boleh disebabkan oleh:
- pil perancang kehamilan
- ovulasi
- pendarahan akibat implantasi zygote
- hamil
- pra-menopaus
- trauma
- polyp rahim atau pangkal rahim
- penyakit jangkitan kelamin
- penyakit radang pelvik
- endometriosis
- sindrom polisistik ovari
- tekanan hidup
- masalah kelenjar tiroid
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!