asmaliza.yatim37
5 tahun
Darah keluar Melebihi 12hari dan keluar darah yg berketul mcm hati ayam
Saya berumur 39 thn.ade endometriosis sebelum ni.tp tahap 1 shj.kali ni darah saya keluar dlm 12hr dan kluar darah yg berketul.sy dh pergi scan dan doc kata rahim sy ok.jmpe ustaz pn sudah.sy buntu.tlg saya doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pendarahan banyak semasa haid (“menorrhagia”) sebenarnya merupakan masalah yang dihadapi oleh ramai wanita. Pendarahan ketika haid dianggap banyak sekiranya ia berlangsung selama >7 hari, menyebabkan tuala wanita anda dipenuhi darah setiap 1 jam selama beberapa jam, memakai >1 pad untuk mengelakkan limpahan, perlu menukar pad pada waktu malam dan pelepasan ketulan darah beku lebih besar daripada syiling bersaiz 20 sen. Kehilangan darah yang berlebihan boleh mengakibatkan anemia jenis kekurangan zat besi dan seterusnya boleh menjejaskan jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat.
Terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan “menorrhagia” seperti:
- Fibroid atau polip: ketumbuhan bukan kanser di dalam rahim
- Adenomyosis: Lapisan dalaman rahim meresap ke dalam dinding otot rahim
- Ovulasi yang tidak teratur: Apabila ovulasi tidak berlaku, penebalan lapisan dalaman rahim anda berlaku. Pendarahan berat berlaku apabila lapisan ini dilepaskan ketika haid seterusnya. Ini boleh berlaku ketika seseorang sedang melalui menopaus ataupun akil baligh. Wanita yang mempunyai sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan yang hipotiroid juga boleh mengalami masalah ini.
- Ubat-ubatan seperti penipis darah dan aspirin
- Alat kontraseptif intra-rahim boleh menyebabkan haid yang lebih berat pada peringkat awal selepas ia dimasukkan
- Penyakit yang menyebabkan darah sukar untuk membeku
- Endometriosis
- Kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau keguguran
- Penyakit radang pelvik (Pelvic inflammatory disease)
- Kanser organ-organ reproduktif
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































