
aimanamia122
2 tahun
Darah period bertukar menjadi cecair putih
kawan saya wanita berumur 20 an… sejak kebelakangan ini, period beliau tidak menentu. ketika hampir waktu period, kebiasaannya akan ada cecair putih yang akan keluar daripada faraj… tetapi semalam darah period telah keluar dan hari ini ia kembali menjadi cecair putih… apakah maksudnya doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, cecair putih yang kawan anda mengalami kemungkinan besar adalah keputihan fisiologik. Ciri-ciri tersebut adalah seperti:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Untuk pengetahuan anda, adalah penting untuk kawan anda untuk membezakan keputihan fisiologik dan pathologic. Sekiranya beliau mengalami keputihan patologik, beliau adalah amat dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara percuma. Terima kasih