
Anonymous
4 tahun
Darah period dan perut kembung
Saya hari ini datang period darah berwarna coklat tapi setiap 2 atau 3jam keluar darah coklat sikit2. Sepatut saya datang period hari 29, hari ini 32. Dan perut saya rasa kembung. Adakah saya ada masalah perut.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, tempoh kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari. Jadi kitaran haid anda masih dalam tempoh yang normal. Darah haid pada hari pertama haid pada awal haid adalah biasa untuk keluar secara sedikit-sedikit dan kemuadiannya akan beransur banyak seperti haid normal.
Wanita biasanya akan mengalami ketidak selesaan dan kembung perut juga merupakan gejala yang biasa berlaku kepada wanita haid.
Anda boleh rujuk kepada doktor jika gejala yang anda hadapi masih berterusan dan merunsingkan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!