
Sulit
4 tahun
Darah priod dh 1 bulan keluar
Hye saya mengalami priod tidak teratur. bulan lepas priod saya keluar 2 minggu dan bulan ini pula priod saya keluar 3 minggu dan skrg still keluar dgn bnyak. Darah beku bnyak. Adakah saya boleh beli ubat berhenti priod di farmasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu darah haid yang keluar selama 3 minggu. Bagaimanapun, masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa pekara, antaranya ialah:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Setiap pengambilan ubat, perlulah mendapat kebenaran dan nasihat daripada doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya gejala ini berterusan dalam jangka masa lama yang panjang, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi agar mendapatkan solusi yang terbaik. Hal ini juga boleh mengelakkan risiko anaemia atau kurang darah merah yang akan menyebabkan keletihan.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih