
Sulit
5 tahun
Darah selepas 15 hari period
Sy berumur 28 tahun…sebelum ni masalah period ok…period saya kebiasaan 10-12 hari… tetapi sekarang sudah hari ke 15 dan masih lagi keluar…saya tak pasti sama ada ianya darah period atau tak… ianya bewarna coklat cair…bukan lendir…seperti keputihan tetapi bewarna coklat cair…mohon pencerahan…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera.
Perdarahan haid yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan darah atau anemia. Anaemia menyebabkan tanda-tanda seperti mudah letih, pitam, muka pucat, sesak nafas dan sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Gangguan hormon sering menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan perdarahan haid yang berpanjangan. Gangguan hormon ini juga boleh menyebabkan senggugut. Kondisi ini dikenali sebagai dysfunctional uterine bleeding atau DUB. DUB merupakan sejenis diagnosa eksklusi. Maknanya, doktor seharusnya telah menjalankan pemeriksaan dan ujian yang secukupnya untuk memastikan tiada punca lain yang menyebabkan perdarahan haid berpanjangan selain gangguan hormon. Darah beku adalah berpunca daripada darah yang terperangkap di dalam rahim anda. Darah beku yang besar biasanya merujuk kepada perdarahan haid yang agak serius.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.