Sulit
3 tahun
Darah semasa buang air besar
Saya wanita berusia 39 tahun. Baru-baru ini saya telah membuang air besar beserta darah (seakan-akan lendir yang berdarah). Saya juga telah memeriksa warna najis dan seperti tiada kesan darah bercampur dalam najis tersebut. Untuk makluman, dalam masa yang sama saya sedang mengambil antibiotic untuk meredakan infeksi telinga. Adakah antibiotik juga boleh menyebabkan pendarahan semasa buang air besar?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Antibiotik tidak menyebabkan najis berdarah.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.