
Anonymous
5 tahun
Darah spt haid pada hari ke 60 bersalin
Saya baru lahirkan anak ke 2 pd 4/5/19 secara normal.bermula pada hari ke-49, darah nifas sudah tidak turun lg selama 2 mggu.2/7/19 iaitu genap 60 hari tiba2 saya dapati ada kesan darah yg mana warnanya sama spt darah haid.adakah itu darah haid yg sebenar atau gaya hidup saya yg aktif dan menunggang motosikal pada awal melahirkan ank boleh berlaku sebarang pendarahan.darah tersebut hanya sedikit sj dlm erti kata lain spt hint darah haid akan turun.sehingga sekarang darah tersebut masih ada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya seorang wanita boleh datang haid selepas antara 6 bulan hingga setahun selepas bersalin jika menyusukan anak. Namun bagi wanita yang tidak menyusukan anak, haid boleh datang seawal tempoh 5 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.
Biasanya komplikasi pendarahan selepas berdalin akibat trauma atau placenta tertinggal tidak muncul selepas 60 hari sebaliknya sebaik sahaja selepas bersalin. Terdapat kemungkinan darah yang keluar adalah darah haid. Namun begitu, sekiranya anda mengalami sebarang gejala lain seperti pendarahan haid yang terlalu banyak, sakit perut yang teruk atau pendarahan yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.