
rafidahdidi
4 tahun
Datang haid ketika ingin buat xray
salam sejahtera,saya fidah beruisa 26thun,ingin saya bertanya dengan doktor.saya akan menjalani pemeriksaan x ray pada hari khamis ni kerana doktor yang merawat saya suspect yang saya mungkin ada batu karang.tetapi pada hri ahad 15/12 waktu malam,saya datang haid…jadi adakah saya boleh menjalani pemeriksaan xray tersebut ketika sedang haid?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kebiasaannya, x-ray boleh dilakukan walaupun ketika datang haid. Namun, kami tidak boleh untuk mengulas lanjut kerana perlu untuk mendapatkan sejarah sakit, melihat keadaan am anda sebelum memberikn kata putus.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.