muhamad.suhaila
4 tahun
Datang haid selepas unprotected sex
Doktor,saya dan suami mengamalkan family planning secara semulajadi.tetapi baru-baru ini atas kecuaian kami,telah berlaku unprotected sex.sy bercadang untuk mengambil postinor 2,tapi saya dapati saya telah didatangi haid.
Adakah sy telah terselamat dari kehamilan,atau perlu teruskan untuk mengambil postinor 2?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, postinor tidak lagi diperlukan jika telah datang haid kerana tiada implantasi akan berlaku jika puan sedang haid. Ini bermakna puan tidak akan hamil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.