Sulit
4 tahun
Degupan jantung laju 147
Bacaan jantung ayah saya 147. Sudah scan dan xray. Tidak apa2 masalah. Tetapi sebelum ni slalu minum kopi red guara. Bacaan tekanan darah pun ok. Kolestrol pun ok. Ada minum ubat kolestrol. Sebelum ni ada pakai spray untuk hidung selama lebih kurang 3 tahun. Ayah tidak ada rasa pening dan sakit dada.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, degup jantung normal manusia dewasa secara puratanya adalah antara 60-100 degupan seminit. Sekiranya degupan jantung anda dalam lingkungan kiraan ini, maka degupan jantung anda adalah normal. Namun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan degup jantung laju adalah:
- hipertiroid
- akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi atau teh
- akibat minuman alkohol
- akibat ubatan dan herba
Simptom yang merbahaya dan memerlukan perawatan segera adalah sesak nafas, pening, pengsan/hampir pengsan, sakit dada keterlaluan dan kelemahan secara tiba-tiba. Seandainya gejala yang berlangsung dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!