
Sulit
4 tahun
Degupan jantung tidak normal
Saya lelaki dalam 30 an. Saya berasa tidak selesa dengan degupan jantung saya. Ianya terasa jantung melompat dan nadi rasa kurang 1 degupan. Apakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah degupan jantung laju ataupun degupan tidak normal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!