Sulit
3 tahun
Degupan jantung yang laju walaupun sedang baring dan menulis serta sakit kepala, pening-pening dan loya hampir setiap hari
Salam sejahtera doktor… Saya remaja berusia 14 tahun… Sejak kebelakangan ini, jantung saya selalu berdegup dgn kencang walaupun semasa saya baring… Sehinggakan pada satu tahap itu, saya tak boleh catch nafas saya… Kadang-kadang itu apabila di sekolah, waktu sedang menulis, lajunya seolah2 saya sedang berlari… Saya sering berasa pening dan loya… Hampir setiap hari… Macam mana nk tahu apakah masalah saya ye Doctor?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah degupan jantung laju ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!