
Sulit
4 tahun
Dehidration recover proses
Berapa lama yang diperlukan untuk pulih dari dehidrasi?
Sudah 3 hari saya cuba minum banyak dan ambil O.R.S tapi tiada perubahan
Kerap berasa nak kencing waktu malam dan sakit bila nak kencing
Kadang air kencing sedikit kadang banyak kadang air tak ada langsung

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tempoh untuk habis kencing adalah bergantung kepada jumlah air kencing yang terdapat didalam pundi kencing itu. Selain itu, tempoh yang diperlukan untuk pulih dari dehidrasi bergantung dari keadaan anda. Kami nasihati anda untuk terus minum air dengan banyak sehingga masalah ini selesai. Tambahan lagi, sekiranya kencing anda tidak lawas, ianya boleh disebabkan:
Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
Masalah batu karang
Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya
Masalah saraf atau cakera tulang belakang yang mengawal pundi kencing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.