
Sulit
4 tahun
Delay period 8hri payudara sangat sakit
sya delay priod 8hri payudara perut smua sakit , check upt ngtve adakah sy hamil? saya juga kerap buang air kecil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Selalunya saya akan nasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu, selain kehamilan, haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pkami secara peribadi. Terima kasih