
Sulit
3 tahun
Demam 3 hari suhu lebih 37.7, cirit birit serta muntah
Saya lelaki umur 23 tahun, saya mengalami demam selama 3 hari dan subu 37.7, hari keempat saya cirit birit serta muntah dan hilang selera makan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah demam selama 3 hari, cirit-birit, muntah serta hilang selera makan. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, gejala demam boleh disebabkan oleh pelbagai penjelasan, antaranya:
- Sistem kekebalan tubuh sedang berusaha melawan jangkitan kuman
- Ketidakseimbangan elektrolit ( electrolyte imbalance ) di dalam badan disebabkan oleh dehidrasi
- Tubuh badan yang terlalu penat atau kekurangan rehat
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- Tanda-tanda awal jangkitan COVID-19
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- inflammatory bowel disease (IBD)
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.