Sulit
2 tahun
Demam atau bagaimana?
Saya wanita 30 an… mengalami seperti demam tetapi panas hanya bahagian kepala mata dan telinga. Saya merasai kurang dlm menghidu kerana hidung tersumbat walhal tidak mempunyai hingus. sebelum sakit saya kurang tidur… tidur dalam 3.30 ke 4.30 am dan bangun 9 ke 10 am. selepas itu sya tidar tidur sehinggal 3.30 am dan bgtu la seterusnya. selepas itu rasa pening2 lalat dan rasa kepala mulai pnas dan bahagian telinga panas. sebenaenya saya demam atau bagaimana doktor?
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara simptom-simptom yang dialami oleh pesakit sinusitis adalah seperti sakit kepala, sakit pada bahagian muka, hidung tersumbat, hidung atau mata berair, demam dan juga muka menjadi merah. Sinus adalah ruang yang mempunyai udara dikelilingi tulang yang berfungsi untuk meringankan tekanan dalam kepala kita. Sinusitis akan terjadi apabila ruang yang mengandungi udara tersebut penuh dengan lendir yang dirembeskan apabila kita mengalami infeksi trakus pernafasan atas atau selsema yang berpanjangan. Disebabkan oleh itu, pesakit yang mengalami sinusitis akan berasa berat kepala dan tidak selesa dan sering kali penyakit sinusitis ini disalah anggap ianya sebagai serangan migrain.
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.