Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Demam dan berak cair

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 28, 2020 1:39 PM

Sulit 50 hari

Bayi saya 9 bulan…hr ni dah hari ke4 demam…pukul 3ptg tadi dah bagi Pcm dan antibiotik…skrg ni tiap kali lps menyusu, terus die akan berak cair sampai merah punggung…sebelum demam die minum susu yg sama dan tiada masalah berak cair…saya bagi susu ibu dan susu formula… Adakah disebabkn ambil antibiotik, bila anak saya minum susu formula terus berak?patut ke saya risau

Dr Sri Viknarajan 50 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.

Secara umum demam yang diiringi berak cair biasanya dikaitkan dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:

  • jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
  • alergi atau alahan makanan atau susu
  • gangguan enzim tubuh (jarang)
  • penyakit lain di saluran pencernaan

Selain itu, demam yang berulang juga boleh berpunca dari penyakit tubuh yang lebih serius sehingga memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital atau klinik. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:

  • lemah lesu badan sehingga anak malas minum dan makan
  • berak cair yang berterusan atau terdapat perubahan warna
  • kerap menangis
  • kejang tubuh
  • muntah

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.

Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

Dikemaskini pada: Sat Nov 28 2020 13:39:02 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang najis abnormal secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Demam dan berak cair Bayi saya 9 bulan…hr ni dah hari ke4 demam…pukul 3ptg tadi dah bagi Pcm dan antibiotik…skrg ni tiap kali lps menyusu, terus die akan berak cair sampai merah punggung…sebelum demam die minum susu… Baca lagi...
50 hari
Sulit
Anak saya kerap berak Anak saya berumur 4 tahun, najis kerap keluar sikit2. Even masa dia main. Sukar saya nak potty train sebab najis akan kena pada seluar. Ada sejarah sembelit sebabkan dia trauma, dan akan kepik k… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Berak cair warna hitam Saya lelaki 27. Saya mengalami berak cair hitam. Saya tak ada rasa sakit perut. Apa punca berak cair hitam ni Baca lagi...
9 hari
Sulit
Masalah usus dlm badan saya Berak tp najis keluar warna hitam…sebelum ni takde pun warna hitam Baca lagi...
16 hari
Sulit
Masalah penghadaman dan pencerahan perut Saya nk tanya,sebelum ni saya sembelit dan skrg sembelit saya sedikit ok tpi masalah skrg saya jadi kerap nk buang air besar.najis pun lembik jea.Dubur saya pun rasa tk selesa. Badan2 saya pun l… Baca lagi...
52 hari