Sulit
3 tahun
Demam Dan cirit kemudi an demam selepas cirit sudah tiada
Anak saya berusia 1 tahun 4 sbulan telah demam slama 3 hari kemudi diikuti dengan cirit cirit 9hari…selepas Dari itu anak sy demam kembali setelah abes cirit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anak anda.
Saya kurang pasti dengan persoalan anda. Di sini saya kongsikan beberapa sebab hal ini berlaku:
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman dalam perut
- Jangkitan usus
- Keradangan usus
Untuk mengetahui kondisi sebenar, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal diperlukan. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan tindakan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.