husnakhirudin
6 tahun
Demam dan kerap pening kepala
Saya wanita berumur 21 tahun dan masih seorang pelajar. Saya kerap demam, 1/2 kali setiap bulan. Dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Dan saya juga tidak boleh berdiri atau berjalan terlalu lama sebab boleh pening atau pitam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pening boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Vertigo
- Meniere’s disease
- Acoustic neuroma
- Akibat trauma leher atau kepala
Merujuk kepada demam, keterangan diatas masih subjektif. Demam bukanlah sesuatu penyakit, akan tetapi demam adalah merupakan gejala penyakit. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor agar dapat diketahui apakah suhu tubuh anda boleh dikatakan demam atau tidak dan agar pemeriksaan dan perawatan lanjut dapat diberikan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































