
norrafezah12
5 tahun
Demam dan sakit kepala berdenyut
saya wanita, 29 tahun. sudah berkahwin. saya sering mengalami sakit kepala berdenyut dan biasanya akan berdenyut 1 kepala atau bahagian belakang sahaja. kebelakangan ini, saya asyik demam on off berserta sakit kpala yang berdenyut. saya hanya mengambil paracetamol bagi menghilangkan kesakitan . keadaan saya ni dah 4hari macam ni… bila saya demam badan saya akan menggigil teruk dan saya rasa amat sejuk. apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Migrain - faktor pencetus seperti keju, coklat, kafein
- Sakit kepala tegang - akibat stres, dehidrasi
- Perubahan hormon ketika haid
- Sekiranya sakit kepala yang luar biasa atau lain dari yang lain - pendarahan dalam kepala
- Jangkitan dalam kepala seperti meningitis yang juga boleh menyebabkan sakit tengkuk
Memandangkan anda juga mempunyai demam, sebaiknya diperiksakan dan dicari punca kejadian demam agar dapat diberikan rawatan yang sesuai.
Bagaimanapun, untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera agar pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.