Sulit
4 tahun
Demam dan selsema selepas seminggu divaksin
Saya telah mengalami demam dan selsema selepas seminggu saya dapat suntikan vaksin sinovac untuk dos yang kedua. Saya tidak mengubungi atau mendekati mana2 kontak rapat covid-19. Saya juga tidak keluar mana2 setelah dapat vaksin. Namun, keluarga saya mengesyaki saya kena jangkitan covid. adakah demam dan selsema merupakan punca utama bagi jangkitan covid-19 ini?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu,
Untuk pengetahuan anda,simptom vaksin berbeza bagi setiap individu dan akan bertambah baik dengan masa.
Demam dan selesama memang dilaporkan seperti salah satu kesan sampingan vaksin Covid-19.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini atau masih mempunyai simptom-simptom seperti yang anda menyatakan.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























