
Sulit
4 tahun
Demam denggi, sesak nafas
Hello, saya lelaki berumur 20 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kemungkinan saya mengalami demam denggi. Pada hari Sabtu baru-baru ini (6 Jun 2020) saya pergi jogging and saya perasan saya digigit banyak nyamuk aedes. Kemudian, pada hari Ahad malam saya jadi tidak sedap badan and pada hari Isnin, saya berasa badan lemah, kurang selera makan, badan berasa berat dan seperti kurang larat. Dalam masa sama saya masih tidak ada demam panas, tapi berasa sesak nafas memandangkan saya ada sejarah penyakit GERD. Saya ada baca artikel mengatakan kesan selepas gigitan aedes itu boleh didapati dalam masa 5-6 hari. Tapi saya berasa badan saya lain. Adakah itu simptom awal demam denggi walaupun masih tiada demam? Adakah saya perlu terus pergi hospital untuk jalani pemeriksaan darah? Saya risau jikalau saya lewat mendapatkan rawatan 3 hari selepas gejala dan kemungkinan membawa maut. Mohon pencerahan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam denggi akan timbuk seawal 8-10 hari selepas gigitan. Maka, terlalu awl untuk anda mengunjungi doktor untuk mendapatkan pengesahan jangkitan.
Selain itu, tanda utama denggi ialah demam melebihi 3 hari, muntah, sakit perut seperti cirit birit, sakit sendi, ruam di badan dan sebagainya. Sesak nafas boleu menjadi tanda denggi namun pada peringkat akhir penyakit.
Anda boleh mengunjungi doktor untuk mendapatkan punca sesak nafas anda. Namun, kebarangkalian denggi ialah rendah.
Selain itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.|
|Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.