Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Demam kerana mempunyai batu karang di kidney sebelah kanan dan kiri

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 19, 2020 10:37 AM

Sulit 53 hari

Saya seorang lelaki berumur 34 tahun. Berkerja sebagai jurutera teknologi maklumat. Pada bulan lepas saya terasa ada sakit sikit dibahagian abdomen kiri berserta demam panas selama beberapa hari dan dimasukkan ke hospital. CT scan telah dibuat dan doktor terbabit mengatakan demam saya berkemungkinan berpunca dari Batu Karang yang berada di buah pinggang. Berikut adalah beberapa keterangan yang saya petik dari report CT Scan Abdomen:

  1. On the left kidney - 3 small calculi seen at lower pole measuring 2-3mm and left upper pole (7.9mm)
  2. On the right kidney - 2 calculi seen at lower pole measuring 8mm and 2.5mm
  3. Right proximal ureteric calculus measuring 1.1cm
  4. Impression:
    4.1 Multiple bilateral renal calculi
    4.2 Proximal right ureteric calculus. No obstructive uropathy

Semasa di hospital saya diberi rawatan antibiotik dan pcm oleh doktor terbabit (internal medicine).

Doktor terbabit juga telah discaj saya dan memberikan referral letter untuk further check-up di hospital pakar urology.

Oleh kerana kekangan waktu berkerja saya telah menangguhkan untuk further check-up terbabit. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga risau jika akan ada sebarang kesan terhadap batu karang ini.

Persoalan saya:

  1. Berdasarkan report CT scan abdomen tersebut, adakah batu karang saya dikategori sebagai teruk atau biasa?
  2. Bolehkah rawatan dengan mengambil ubat sahaja boleh merawat batu karang ini secara efektif?
  3. Jika tidak, apakah rawatan yang terbaik dan efektif tetapi tidak sakit untuk keadaan seperti ini? (ini kerana saya mendengar pandangan dari pengalaman rakan2 lain yang rawatan ESWL lebih selesa dan kurang sakit jika di compare menggunakan kaedah rawatan memasukkan scope di salur kencing)

Mohon pandangan doktor.

Terima kasih.

Dr Ramzdhan 53 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda:

  1. Penjelasan mengenai kategori batu karang yang anda alami hanya boleh diberikan oleh doktor pakar urology.
  2. Selain daripada rawatan ubatan, anda juga digalakkan untuk minum air masak dengan banyak kerana ia boleh membantu mengecutkan batu karang yang anda alami.
  3. Rawatan ESWL ialah “shock wave lithotripsy” dimana doktor akan menembak kawasan batu karang tersebut menggunakan beberapa tenaga yang menyebabkan getaran dan memecahkan batu karang tersebut. Namun, rawatan yang paling bersesuaian adalah bergantung kepada individu dan pesakit serta kepakaran doktor pakar yang merawat.

Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 19 2020 10:37:15 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Sakit pinggang sampai ke punggung dan mengalami keputihan saya wanita 26 tahun. kerap mengalami sakit pinggang belah kanan hingga ke punggung. saya juga mengalami keputihan. Dan adakala nya perut saya masuk angin. Apakah kemungkinan penyakit yg sy alam… Baca lagi...
51 hari
Sulit
Kurang selesa di bahagian pinggang saya sering mengalami masalah terasa panas di sekitar pinggsng bawah perut…bahagian pinggang kebawah terasa macam suhu naik…kaki sejuk…apa masalah ye Baca lagi...
49 hari
Sulit
Sakit badan, pening dan letih saya kerap mengalami sakit belakang di bahagian pinggang, belikat dan sering mengalami lenguh seluruh badan. semasa mengalami ini, saya turut pening kepala. rasa tak larat. kenapa ye doktor? Baca lagi...
54 hari
Sulit
Sakit bahagian ginjal belah kiri Kawan saya slalu mgadu sakit bahagian ginjal kiri, dan x dpt control waktu kencing dia kdg dia x perasan pun. Umur masi 17 tahun dan bsekolah. Bole beri sdikit penerangan doktor? Baca lagi...
36 hari
Sulit
Kebas bahagian pinggang kiri Sejak kebelakangan ini saya rasa pinggang saya rasa kebas…saya sering menahan kencing ketika saya bekerja ada kurang minum air…Dan ketika saya membuang najis ,najis saya seperti taik kambing … T… Baca lagi...
40 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi