
Anonymous
4 tahun
Demam malam melebihi 3 hari
Hi doc.saya 25 y/o married…
Lately,saya kerap demam malam.
Another simptom sakit kepala,delayed period,and then ada keluar small blood spotting.
Simptom nak datang period pun ada.
Kenapa yer doc?
Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Gejala anda mungkin berkaitan atau tidak. Demam biasanya boleh disebabkan oleh jangkitan, radang atau penyakit lain. Sakit kepala juga biasa datang dengan demam, namun ia juga boleh disebabkan oleh keletihan, dehidrasi dan sebagainya.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur.Antaranya ialah:
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.