Sulit
2 tahun
Demam melebihi 4 hari tak reda
Hai saya seorang remaja 19 tahun.Saya ingin bertanya kalau demam boleh walk-in ke klinik berdekatan?Sebab saya demam sudah melebihi 4 hari dan tiada perubahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah demam berpanjangan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan demam berpanjangan. Antaranya adalah:
- Demam tifoid (kepialu),
- Endokarditis,
- Penyakit tibi
- Jangkitan paru-paru
- Malaria
- Jangkitan Borrelia
- Penyakit Hodgkin’s
Oleh itu, untuk masalah boleh walk in atau tidak, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.