
Sulit
4 tahun
Demam + Muntah + Cirit Birit
saya mengalami demam, muntah dan cirit birit. sudah seminggu lebih saya kerap ke tandas kerana cirit birit. satu hari lebih 5 kali saya ke tandas. adakah keracunan makanan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, demam, muntah serta cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan:
- Akibat jangkitan seperti demam tifoid
- Akibat appendisitis kronik
- Radang divertikula (divertikulitis)
- Penyakit radang usus
- Kanser usus - faktor risiko seperti umur, sejarah kekeluargaan, cirit-birit berdarah
- Masalah hormon seperti hipertiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.