
Sulit
4 tahun
Demam on off,keradangan dlm perut,cirit birit,pedih perut,muntah muntah
Saya wanita 33tahun…minggu lepas,saya cirit birit dan muntah…bila berjumpa doktor,dia beritahu saya mengalami keradangan dlm perut…dia ada beri ubat untuk tahan muntah,sakit perut dan angin…tapi,sekarang perut saya jadi pedih,kerap berbunyi,buat saya rasa nak muntah…apa yg perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan simptom-simptom yang anda alami di atas, gejala sakit perut yang kini pedih dan mual yang anda rasakan ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga tekak melalui salur esofagus.
- Ulser perut
- Jangkitan kuman pada perut, khususnya jangkitan H.Pylori
- Keradangan pada perut yang kini telah menjadi ulser (seperti di atas)
- Alahan atau keracunan makanan.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda sekali lagi mengenai simptom yang terbaru ini bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dengan pengenalpastian masalah yang terkini. Sementara itu, kami sarankan anda untuk mengawal pemakanan anda, seperti mengurangkan makanan berasid atau pedas, kurangkan merokok jika merokok, kurangkan alkohol, dan juga makan pada waktu yang ditetapkan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.