applelicious87
6 tahun
Demam pada waktu malam sahaja, batuk berkahak
Anak saya berumur 2 dan 5tahun. Mempunyai gejala selesema berkahak dan batuk(jarang) dan hanya demam di waktu malam. Sudah beri ubat flu dan demam. Siang tak demam. Dan active. Yang dua tahun tu 2malam demam. Dan 5tahun baru start demam semalam. Demam sekitar 37-38
Kami bercadang untuk ke klinik utk membuat saringan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Gejala demam dan batuk berkahak adalah keluhan yang biasa diadukan oleh sesiapa yang mengalami jangkitan saluran pernafasan. Namun begitu, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seprerti berikut.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.
Batuk dan demam boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain seperti virus influenza
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda boleh membawa anak anda ke klinik yang berdekatan untuk penilaian dan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































