Sulit
3 tahun
Demam panas 38.5 berserta lenguh badan lengan kaki
Saya pergi ke pasaraay pada ahad yang lalu dan petang itu setelah neguruskan diri saya tertidur dan pada waktu malam say mendapati yang saya pening kepala dan lenguh lenguh badan. Esoknya saya bertemu doktor dan mmendapati suhu saya 38.5. Doktor memberi saya ubat paracetamol dan jika saya demam melebihi 5 hari saya perlu membuat saringan. adakah ini tanda denggi atau saya demam urat. Saya juga mempunyai loya dan muntah. Kurang selera makan dan muntah itu berlendir / kahak. Pada waktu malam juga kadang kadang saya mengigil kesejukan ataupun berpeluh. Apakah saranan doktor untuk sayaa.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah demam terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.0 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam boleh disebabkan oleh:
Demam denggi
Demam malaria
Jangkitan leptospirosis
Jangkitan tifoid
Tuberkulosis
Tonsilitis
Allergic rhinitis
Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
Jangkitan di telinga (otitis media)
Jangkitan Hepatitis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.