Anonymous
6 tahun
Demam panas menggigil waktu malam
Doktor saya nk tny. KEnapa ye setiap malam sepupu saya akan mengalami demam panas sampai menggigil dan dlm masa sama die kesejukan
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman - seperti virus atau bakteria yang perlu dicari puncanya seperti tibi, demam denggi
- Penyakit yang disebabkan auto-imun - seperti Artritis Juvenile, Penyakit Kawasaki
- Penyakit berkaitan darah putih - seperti lebih sel darah puith (leukemia)
- Penyakit yang berkaitan keradangan - seperti Penyakit Radang Usus, Radang Apendiks
Sensasi badan panas diluar tetapi berasa sejuk didalam adalah fenomena yang dirasai ketika seseorang itu demam. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan sepupu anda, sepupu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sepupu anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































