
lisaharaf11
5 tahun
Demam, sakit tekak, nafas pendek dan hidung berair
Saya pengguna pengangkutan awam (ktm) untuk pergi berkerja setiap hari. Skrg saya sudah demam, sakit tekak, nafas pendek dan hidung berair. Saya buat ujian penilaian covid 19, tapi sbb saya tiada sejarah ke luar negara mahupun kontak rapat dgn pesakit, penilaian saya hanya lah mungkin demam biasa.

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan anda mengalami gejala demam, sakit tekak, nafas pendek dan hidung berair. Untuk makluman anda, gejala-gejala ini boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Ujian saringan COVID19 boleh dijalankan di hospital kerajaan. Namun, mereka hanya akan mendahulukan sesiapa yang mempunyai kontak rapat serta sejarah ke luar negara dan mempunyai gejala. Disini saya lampirkan senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan saringan (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan berkhidmatan ujian saringan dari rumah. Klik pada link ini jika anda berminat. COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini