
Sulit
5 tahun
Demam selepas makan pil kontraseptif kemcemasan
Hi doc, saya telah bermasturbasi bersama isteri 4 hari yg lalu, selepas ejakulasi, saya lap pkai tisu, lalu saya memasukkan jari saya ke kemaluan isteri, namun sy risau jika jari saya terkena cairan ejakulasi dan saya risau jika isteri saya hamil kerana jari saya masih basah. Lalu isteri saya ambil pil kecemasan kontraseptif ULIPRISTAL ECETATE brand Ella pada Jam yg ke 70 iaitu hampir 3 hari slepas bersama isteri. Selepas makan pil tu isteri saya kencing dan keluar lendir bersama kencing dan demam keesokan harinya(today). Adakah itu normal? Kami hanya masturbasi bersama dan hnya memasukkan jari ke kemalauan isteri. Adakah isteri saya akan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat risiko kehamilan jika anda memasukkan jari yang basah mengandungi air mani ke dalam faraj isteri anda. Walaubagaimanapun, tiada risiko jika air mani telah kering. Kesan sampingan menggunakan pil perancang kecemasan termasuklah:
- Loya dan muntah
- Haid tidak teratur
Pil tersebut tidak menyebabkan demam dan keputihan yang dialami isteri anda. Gejala tersebut boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada serviks
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan salur kencing.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.