Sulit
5 tahun
Demam selsema batuk bersin
Saya wanita berusia 25 tahun. Pada 15/3/2020 saya menghadiri kelas epjj di uitm puncak alam dimana kontak rapat dari kematian ke7 yg disahkan +ve 20/3/2020 menghadiri kelas di bangunan yg sama saya menghadiri kelas. Terdapat seorang kontak rapat dari beliau yg +ve hadir ke kelas yg sama dengan saya serta beberapa pelajar dan seorang pensyarah.
Pada hari jumaat, saya start selsema dan bersin, malam ada sedikit demam. Pada hari sabtu, saya mula demam dan batuk. Pada hari ini, saya masih ada sedikit demam, selsema, batuk dan demam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, definisi kontak rapat adalah, berhadapan selama sekurang-kurangnya 15 minit atau berada di dalam bilik yang tertutup sekurang-kurangnya 2 jam bersama dengan individu yang disahkan positif.
Sekiranya anda merupakan kontak rapat langsung kepada kes yang telah disahkan positif, sila hadir ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital yang disenaraikan berikut Designated Hospital for COVID-19]
Anda juga boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































