
Sulit
5 tahun
Demam seminggu yang pasang surut
Saya demam yang tidak berapa nak panas, tapi badan terasa lemah termasuk pakej batuk dan selsema. Sakit kepala juga kadang kala. Badan saya cuma panas hanya sekejap sahaja. Saya dah demam dari hari selasa minggu lepas dan hari ini rabu. Saya cuma rasa tidak sihat pada waktu yang tidak tentu sahaja contohnya, bangun pagi saya berasa tidak sihat tetapi waktu tengahari, demam saya hilang dan demam itu bersambung pada waktu petang. Saya sudah mengambil paracetamol tapi cuma hilang demam tu sekejap sahaja.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, masalah demam panas yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Kemungkinan besar demam panas yang anda hadapi disebabkan oleh jangkitan kuman, apabila tubuh diserang kuman, tubuh akan berusaha untuk membunuh kuman dengan haba iaitu demam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.