
Sulit
4 tahun
Demam sudah melebihi 5 hari
Anak saya berumur 1 tahun 2 bulan. Dia demam, batuk dan selsema sudah masuk hari ke 5 hari ini. Anak kurang aktif dan kurang selera makan. Saya sudah membawa dia untuk pemeriksaan. Apa yang harus saya lakulan kalau demamnya masih tidak kebah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, demam bayi ini terbahagi kepada dua kategori. Pertama suhu demam bayi yang tidak terlalu panas dan boleh dikawal dengan makan ubat demam.
Keduanya, suhu demam bayi yang tinggi, kemudian disusuli dengan:
- Muntah
- Batuk berkahak
- Selesema teruk
- Hilang selera makan
- Lesu dan tidak mahu bermain
- Hanya mampu terbaring
- Timbul ruam/bintik-bintik merah
- Sukar bernafas atau nafas berbunyi
- Mulut kering kerana kekurangan air
Jika melihat bayi anda ada salah satu dari simptom ini, segera bawanya ke hospital untuk dirawat.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana maklumat yang lengkap diperlukan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih