
Anonymous
5 tahun
Demam turun naik selama 3 minggu
Saya mengalami demam turun naik hampir 3 minggu. Demam sering jadi mula waktu tengahari dan petang. Kadang kala membawa ke malam. Bila minggu pertama ambil darah, doktor kata hanya sedikit jangkitan kuman dalam darah dan ambil antibiotik disebabkan kelenjar leher saya ada sedikit sakit terasa bengkak tapi tidak bengkak, minggu kedua ambil darah, doktor cakap tiada apa hanya kurang minum air. Tapi saya kerap minum air. Dan sehingga sekarang masih demam turun naik. Apa penyakit yang saya hadapi doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, demam lama melebihi 7 hari boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- demam tifoid
- tuberkulosis milier
- abses dalam
Demam biasanya adalah petanda bahawa anda terkena jangkitan. Oleh itu, sebaiknya mendapatkan ubat dan suplemen tambahan untuk melawan jangkitan. Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Terdapat persoalan tambahan seperti apakah ada gejala lain, bagaimana riwayat sosial anda, apakah anda merupakan perokok, bagaimana riwayat buang air besar dan buang air kecil anda serta riwayat travel anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.