
Anonymous
6 tahun
Denyutan jantung kuat
Saya wanita, berusia 26 tahun. Sejak mengandung kan anak ke 3, sy dapati denyutan jantung tidak normal. Rasa berdebar & berdegup kencang, sedangkan sy tidak melakukan aktiviti berat. Saya pernah berjumpa doktor dan buat pemeriksaan ecg sebanyak 2kali . Doktor kata saya tiada masalah jantung.
Selepas bersalin, masalah yg sama kembali lagi, jantung tidak berdebar, tetapi berdegup kuat seolah seperti dihentak kemudian ianya kembali normal. Saya juga pengemar kafein. Adakah sy mempunyai masalah jantung.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Pengambilan minuman berkafein
Oleh sebab itu, anda disarankan kurangkan/memperhentikan pengambilan minuman berkafein. Kemungkinan besar pengambilan kafein menyebabkan gejala yang anda hadapi. Sekiranya, gejala yang anda alami berserta dengan simptom lain seperti sesak nafas, rasa pening,sakit dada/ demam anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!