
Sulit
3 tahun
Depression @ anxiety
Hye Dr,
saya berumur 24 dan baru sahaja membuat ujian DASS. Keputusan DASS adalah D:36, A:32, S:24. Saya perasan perubahan saya sejak saya belajar 4 tahun lepas di mana saya susah untuk tidur, rasa gelisah, cepat panik dll. Saya dah pernah buat DASS waktu tu tapi saya ingat benda ni biasa je. Bila saya susah tidur, saya pergi minum ubat batuk atau mana2 ubat yang boleh buat saya cepat mengantuk. Lepas beberapa bulan, saya rasa mcm dah okay tetapi sejak tahun lepas saya mula rasa balik perubahan tu tapi makin menjadi di mana, saya lagi susah tidur (kadang malam berjaga, pagi baru tidur 3 4 jam @ x tido terus), kerap shaking, gelisah sentiasa, susah nak relaxe, kerap menangis tanpa sebab, sesak nafas, dll. Dan yang lebih saya perasan, saya kerap fikir nak bunuh diri. Segala belajar, saya rasa mcm x mampu nak buat, tak mampu nak habiskan. Sekarang saya berada di final year, tetapi segala assignment saya x dpt focus nak buat. Saya rasa hilang semangat. Dan baru-baru ni, ada masalah family, dan sejak dari case tu, saya cepat rasa pressure dan rasa nak marah, terasa hati, sedih. Dalam 2 3 hari ni, saya plan untuk asingkan diri dari family buat sementara, sbb saya rasa pressure yang kuat datang dari rumah.
Adakah saya patut stay di rumah sahaja dan dapatkan rawatan atau asingkan diri buat sementara waktu dari family dan dapatkan rawatan?
Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan mental anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya akan cuba membantu anda dengan memberikan maklumat yang berkaitan situasi ini.
Merujuk kepada gejala yang sedang dialami, anda mungkin mengalami kemurungan. Terdapat beberapa tanda daripada kemurungan. Antaranya adalah:
- Merasa sedih, hampa dan risau
- Merasa bersalah dan tidak berharga
- Kurang berminat dalam beraktiviti
- Mudah berasa jengkel
- Tidak bersemangat
- Ada perasaan ingin bunuh diri
- Kurang bertenaga
- Sukar untuk tidur
Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara yang boleh dijadikan inisiatif untuk menangani masalah ini, iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Sekiranya diperlukan dan anda bimbang ianya adalah penyakit psikiatri, terdapat beberapa persatuan yang boleh anda hubungi:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor