Sulit
3 tahun
Depression , suicidal though
online pharmacy ni ada jual diazepam tak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keperluan anda pada masa ini. Walau bagaimanapun, ubat yang dinyatakan oleh anda di dalam ruangan soalan merupakan ubat terkawal dan memerlukan preskripsi doktor. Anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk diperiksa secara menyeluruh sebelum diberi ubat tersebut.
Untuk makluman anda, kami tidak menjual diazepam di farmasi atas talian kami pada masa ini.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145.
Jika anda mempunyai soalan dan memerlukan maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor atau pihak kami. Terima kasih.