Sulit
3 tahun
Diet untuk ibu hamil
Apakah diet atau makanan untuk ibu hamil yang mempunyai Hepatitis B. Adakah jenis makanan yang tidak boleh dimakan ketika hamil yang boleh memudaratkan kendungan dan ibu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang hal ini. Untuk makluman anda, diet bagi wanita mengandung adalah lebih kurang sama seperti orang lain, merangkumi diet yang seimbang dan mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan sumber protein. Penghidap hepatitis B juga tidak memerlukan diet yang berbeza daripada orang lain.
Selain itu, terdapat beberapa nutrien lain yang diperlukan oleh ibu hamil seperti:
- Folate/Asid Folik: Menghindarkan kecacatan janin, terutamanya yang melibatkan saluran, otak dan tulang belakang bayi. Wanita hamil memerlukan asid folik sebagai 1000mg sehari.
- Vitamin D diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi bayi. Wanita hamil memerlukan sebanyak 600IU sehari.
- Kalsium dapat menguatkan tulang, gigi dan otot ibu dan anak. Wanita hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg sehari juga.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info yang mendalam atau jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih